Liga Super 2013 Membuka Tirainya dengan perlawanan pertama menyaksikan keputusan2 diluar dugaan. Johor Darul Takzim mengalami kekalahan pertama musim ini apabila tewas kepada Pahang di Kuantan 3-2, manakala Selangor dan Perak menang tipis keatas lawan masing2. Terengganu memulakan kempen Liga Super 2013 dengan mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan Felda United, Juara Treble 2012 Kelantan pula terpaksa menunggu minit terakhir untuk menang 2-1 ke atas PKNS. Juara Piala Sumbangsih 2013 ATM pula terpaksa akur apabila kalah 1-0 ditangan Lions XII.
GOL-GOAL 1ST GAME
Monday, 14 January 2013
Sunday, 6 January 2013
ATM julang Piala Sumbangsih
ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) berjaya menjulang Piala Sumbangsih apabila menewaskan Kelantan menerusi sepakan penalti 4-3 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada 90 minit perlawanan.
Kemenangan itu dilihat manis buat ATM yang kalah kepada Kelantan pada final Piala Malaysia dua bulan lalu. Ini kali pertama ATM menjulang Piala Sumbangsih yang diperkenalkan pada tahun 1985.
Penyerang import The Gladiators, Bruno Marteloto menjadi wira ATM apabila menjaringkan gol kemenangan sebelum pemain pertahanan Kelantan, Mohd Daudsu gagal menyempurnakan sepakan penalti.
Kelantan memperoleh gol awal menerusi Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-55 manakala ATM pula mendapat gol penyamaan 30 minit kemudian menerusi Fadzly Idrus.
GOALS HIGHLIGHT:-

Wednesday, 28 November 2012
PIALA AFF SUZUKI: MALAYSIA 4-1 LAOS
SKUAD Kebangsaan mempamerkan kehebatan luar biasa apabila menundukkan Loas 4-1 dalam perlawanan kedua Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.
Dengan meraih kutipan tiga mata, harapan anak buah Datuk K.Rajagobal untuk menempah tiket ke separuh akhir Piala AFF Suzuki kembali terbuka.
GOALS HIGHLIGHT:-
Dengan meraih kutipan tiga mata, harapan anak buah Datuk K.Rajagobal untuk menempah tiket ke separuh akhir Piala AFF Suzuki kembali terbuka.
GOALS HIGHLIGHT:-
Sunday, 25 November 2012
PIALA AFF SUZUKI: MALAYSIA 0-3 SINGAPORE
JUARA bertahan Malaysia kalah 0-3 kepada Singapura dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B Piala AFF Suzuki 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebentar tadi.
Singapura mendahului Malaysia 2-0 pada separuh masa pertama dan menambah jaringan pada babak kedua.
Penjaring:
- Mohd Shahril Ishak (minit ke-32 dan 37)
- Aleksandar Duric (minit ke-75)

Friday, 16 November 2012
PERSAHABATAN: MALAYSIA 1-1 HONG KONG
SUSULAN mencatat keputusan seri 1-1 dengan Hong Kong dalam perlawanan persahabatan malam tadi, jurulatih skuad Kebangsaan, Datuk K.Rajabobal tidak dapat menyembunyikan perasaanya apabila beliau mengakui kini bimbang terhadap prestasi anak buahnya yang dilihat tidak berada di tahap yang sebenar.
Jelasnya, hanya tinggal 10 hari lagi menjelang Piala Suzuki AFF 2012, para pemain tidak dapat memberikan corak permainan seratus peratus seperti yang diharapkan, sebaliknya gagal menandingi tempo permainan lebih agresif dan laju yang dipamerkan oleh pemain pasukan pelawat.
GOALS VIDEO:-

Wednesday, 7 November 2012
PERSAHABATAN: MALAYSIA TUMPAS LAGI 2-0 DI TANGAN THAILAND
SKUAD Kebangsaan terus diconteng arang dimuka, kali ini oleh pasukan Thailand apabila ditewaskan 0-2 pada perlawanan persahabatan di Stadium SCG Stadium, malam ini.
Dengan kekalahan ini, Skuad Negara mengalami kekalahan kedua berturut selepas tewas di Vietnam tiga hari lepas.
Sebaliknya, ia turut memberi petanda buruk menjelang saingan Piala Suzuki AFF yang akan berlangsung 24 November ini.

Sunday, 4 November 2012
PERSAHABATAN: MALAYSIA TUMPAS 1-0 DI VIETNAM
SKUAD Kebangsaan terus diconteng arang oleh pasukan Vietnam apabila ditewaskan 0-1 pada perlawanan persahabatan di Stadium My Dinh, malam ini.
Dengan kekalahan ini, ia bukan sahaja mengagalkan misi anak buah Datuk K.Rajagobal untuk membalas dendam terhadap kekalahan 0-2 pada perlawanan persahabatan pertama September lalu.
Sebaliknya, ia turut memberi petanda buruk menjelang saingan Piala Suzuki AFF yang akan berlangsung 24 November ini.
GOAL HIGHLIGHT:-
Subscribe to:
Posts (Atom)