Saturday, 2 February 2013

LIGA SUPER PERLAWANAN KELIMA 2013

Liga Super 2013 mula mempamerkan aksi-aksi menarik pada perlawanan ke lima sebelum mereka berehat panjang 3 minggu untuk memberi peluang pasukan kebangsaan memulakan kempen Piala Asia 2015.  Perlawanan ke lima menyaksikan Selangor PKNS kalah kepada pasukan baru dijenamakan Johor Darul Takzim 1-3 di Shah Alam, ATM pula mempamerkan aksi konsisten apabila mudah menewaskan Felda United 2-0.  Pada aksi perlawanan Pahang menentang jiran Terengganu, Pahang mempamerkan aksi yang memberangsangkan apabila membelasah pasukan penyu tersebut dengan jaringan 3-0.  Manakala pasukan Perak terikat 1-1 dengan Selangor.  Pasukan bimbingan Peter Butler T-Team mencipta kejutan apabila menewaskan pasukan dari Singapore Lions XII 1-0 di Kuala Terengganu, dan akhir sekali Juara Treble Kelantan belum mempamerkan aksi yang sebenar apabila sekadar seri tanpa jaringan di Kota Bharu.

GOL HIGHLIGHT:-