Friday 25 January 2013

LIGA SUPER PERLAWANAN KEEMPAT 2013

Perlawanan ke empat Liga Super menyaksikan Pahang tewas buat kali pertama di tangan Selangor 3-2 di Shah Alam, Lions XII pula menang tipis ke atas pasukan Terengganu 2-1, manakala di Stadium Paroi N.Sembilan kalah di tempat sendiri dengan Perak 0-1.

Perlawanan tumpuan minggu ini menyaksikan Johor DT seri 2-2 ke atas Tentera.  Pasukan Kelab menyaksikan T-Team di belasah 0-3 dengan PKNS dan akhir sekali Kelantan meneruskan rentak malang apabila sekadar seri 0-0 dengan Felda United.

GOL HIGHLIGHT:-


Tuesday 22 January 2013

LIGA SUPER PERLAWANAN KETIGA 2013

Perlawanan KeTiga Liga Super 2013 menyaksikan Kelantan terikat 1-1 dengan Darul Takzim FC, Pahang meneruskan rentak kemenangan 2-1 ke atas Negeri Sembilan, PKNS mencipta kejutan dengan menewaskan Lions Xii 1-0, manakala Terengganu kalah kepada Selangor 1-2 di tempat sendiri. ATM menang bergaya ke atas T-Team 3-0 dan Perak kalah kepada pasukan kelab Felda United 1-0 ditempat sendiri.



VIDEO GOALS HIGHLIGHT:

Wednesday 16 January 2013

LIGA SUPER PERLAWANAN KEDUA 2013

Perlawanan Kedua Liga Super 2013 menyaksikan pasukan Johor Darul Takzim mencatat kemenangan pertama, manakala pasukan Pahang menang kali kedua berturut2. T-Team pula mengejutkan juara treble Kelantan ditempat sendiri.
Keputusan lain menyaksikan Lions XII menang ke atas Selangor, manakala ATM menang bergaya ke atas selangor PKNS.


GOL-GOAL 2ND GAME


Monday 14 January 2013

LIGA SUPER PERLAWANAN PERTAMA 2013

Liga Super 2013 Membuka Tirainya dengan perlawanan pertama menyaksikan keputusan2 diluar dugaan.  Johor Darul Takzim mengalami kekalahan pertama musim ini apabila tewas kepada Pahang di Kuantan 3-2, manakala Selangor dan Perak menang tipis keatas lawan masing2. Terengganu memulakan kempen Liga Super 2013 dengan mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan Felda United, Juara Treble 2012 Kelantan pula terpaksa menunggu minit terakhir untuk menang 2-1 ke atas PKNS. Juara Piala Sumbangsih 2013 ATM pula terpaksa akur apabila kalah 1-0 ditangan Lions XII.

GOL-GOAL 1ST GAME


Sunday 6 January 2013

ATM julang Piala Sumbangsih

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) berjaya menjulang Piala Sumbangsih apabila menewaskan Kelantan menerusi sepakan penalti 4-3 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada 90 minit perlawanan.
Kemenangan itu dilihat manis buat ATM yang kalah kepada Kelantan pada final Piala Malaysia dua bulan lalu. Ini kali pertama ATM menjulang Piala Sumbangsih yang diperkenalkan pada tahun 1985.
Penyerang import The Gladiators, Bruno Marteloto menjadi wira ATM apabila menjaringkan gol kemenangan sebelum pemain pertahanan Kelantan, Mohd Daudsu gagal menyempurnakan sepakan penalti.
Kelantan memperoleh gol awal menerusi Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-55 manakala ATM pula mendapat gol penyamaan 30 minit kemudian menerusi Fadzly Idrus.

GOALS HIGHLIGHT:-