Sunday 21 October 2012

HARIMAU MUDA JUARA PIALA NEWSPAPER VIETNAM 2012

Skuad Bawah 21 tahun negara, Harimau Muda yang dibelenggu kecederaan tonggak, masih mampu bergelar juara Kejohanan Bola Sepak Bawah 21 Tahun Antarabangsa Thanh Nien Piala Newspaper 2012 dengan menewaskan lawan sebaya Vietnam 1-0, semalam. Tandukan penyerang Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-57 perlawanan akhir di Stadium Pleiku, Gia Lai, Vietnam itu, memastikan trofi menjadi milik anak buah Ong Kim Swee, yang mengalahkan juara bertahan.
Skuad belia negara beraksi dalam perlawanan akhir dengan hanya memiliki 15 pemain setelah terpaksa melupakan khidmat tonggak yang tercedera seperti Syahrul Azwari Ibrahim, A. Thamil Arasu, Ariff Farhan Isa, Syazwan Tajudin dan Fandi Othman.

GOALS HIGHLIGHT:-


KELANTAN JUARA PIALA MALAYSIA 2012

KELANTAN membuktikan kehebatan sebagai gergasi Pantai Timur apabila mencatat kejuaraan treble musim ini dengan merangkul Piala Malaysia 2012 setelah menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 di Stadium Shah Alam, malam ini.
Sebelum ini, Kelantan menjuarai Liga Super dan Piala FA. Pencapaian Kelantan ini kali terakhir dilakukan oleh Kedah selama dua musim berturut-turut pada 2007 dan 2008.
Indra Putra Mahayuddin menjadi wira pasukan Kelantan apabila menjaringkan gol kemenangan sekali gus memastikan Piala Malaysia menjadi milik The Red Warriors setelah hampa pada tahun lepas.

GOALS HIGHLIGHT:-


Friday 19 October 2012

PIALA NEWSPAPER: HARIMAU MUDA MARA KE FINAL

SKUAD Harimau Muda (bawah 21 tahun) mempamerkan aksi cemerlang apabila menempah slot final Kejohanan Bola Sepak Jemputan VFF Newspaper Cup buat pertama kali setelah mencatat kemenangan 1-0 ke atas Thailand, hari ini.

Dalam perlawanan itu, Syahrul Azwari sekali lagi menjadi wira buat pasukan Harimau Muda apabila menjaringkan gol tunggal pada minit ke-54.

Dengan kemenangan ini, Harimau Muda bakal bertemu sama ada Vietnam B21 atau Sydney FC B21, yang pemenang akan ditemtukan dalam satu lagi aksi separuh akhir, malam ini.

GOALS HIGHLIGHT:-


Wednesday 17 October 2012

HARIMAU MUDA KE SEPARUH AKHIR PIALA NEWSPAPER VIETNAM

Skuad Harimau Muda Ke Separuh Akhir Piala NewsPaper Vietnam setelah mengalahkan Sydney FC 4-2 sebentar tadi, ini adalah kemenangan kedua selepas menang perlawanan pertama tempoh hari juga dengan jaringan yang sama dengan Laos U21.

Gol-gol malaysia dijaringkan oleh Syahrul Azwari pada minit ke 6 dan 18. Izuan Bakri minit ke 75 dan Irfan Fazail minit ke 85.  Kemenangan ini meletakkan Malaysia Sebagai Juara Kumpulan.

GOAL HIGHLIGHT:-

Tuesday 16 October 2012

MALAYSIA KALAHKAN HONG KONG 3-0 PADA AKSI PERSAHABATAN

Skuad bolasepak kebangsaan mencatatkan kemenangan selesa 3-0 ke atas Hong Kong pada perlawanan persahabatan di Stadium Mongkok, Hong Kong, malam ini.

Mohd Safee Sali membuka tirai jaringan pada minit ke-59. Kapten Selangor Safiq Rahim menggandakan kedudukan untuk skuad Harimau Malaya pada minit ke-81 menerusi sepakan percuma yang cantik dari luar kotak penalti pasukan Hong Kong. Ahmad Fakri Saarani melengkapkan kemenangan bergaya skuad Harimau Malaya dengan gol ketiga pada masa kecederaan.

GOALS HIGHLIGHT:-


Sunday 14 October 2012

MALAYSIA U21 MENANG SELESA KE ATAS LAOS


Malaysia U21 menang 4-2 ke atas Laos U21 pada perlawanan Jemputan Piala Newspaper yang berlangsung di Vietnam Semalam.

Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Alif Farhan minit ke 13, Azuan Bakri minit ke 26, Tamil Arasu minit ke 80 dan Sarendran minit terakhir perlawanan.


GOALS HIGHLIGHT:-

Saturday 13 October 2012

KELANTAN MARA KE FINAL PIALA MALAYSIA 2012


GERGASI Pantai Timur, Kelantan mengesahkan slot ke pentas final Piala Malaysia dengan bergaya selepas mengetepikan Selangor menerusi agregat 3-0 dalam saingan separuh akhir kedua  di Stadium Shah Alam, malam ini.

Dengan itu, Kelantan akan bertemu Angkatan Tentera Malaysia di pentas final yang akan berlangsung 20 Oktober ini di Stadium Shah Alam.




GOALS HIGHLIGHT:-